Produk Kami

Semua produk adalah daripada ladang kami sendiri yang asli, organik dan dijamin telah dibotolkan dengan kaedah terbaik dan mendapat pengiktirafan halal. Jemput layari produk-produk yang telah kami sediakan.

Perkhidmatan Kami

Semua produk adalah daripada ladang kami sendiri yang asli, organik dan dijamin telah dibotolkan dengan kaedah terbaik dan mendapat pengiktirafan halal. Jemput layari produk-produk yang telah kami sediakan untuk anda.

Galeri Jualan Madu

Menjual madu kelulut dan produk-produk berasaskan hasilan kelulut.

Kafe Aiskrim dan Kopi

Menampilkan air kopi dan aiskrim dengan resepi istimewa iaitu air kopi dan aiskrim berasaskan madu.

Lawatan dan Rombongan

Kami mengalu-alukan lawatan secara individu @ keluarga, rombongan dari jabatan-jabatan, badan-badan berkanun, agensi dan Institusi pengajian membuat lawatan ke tempat kami.

MADU SEBAGAI

PENAWAR PENYAKIT

Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.”

– Quran (An-Nahl 69)

KENAPA KAMI

Kebaikan dan Khasiat

MADU KELULUT

1.

Sumber Antioksida Yang Sangat Baik

Madu kelulut mempunyai khasiat antioksida yang sangat luarbiasa iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding madu biasa.

2.

Menyembuhkan luka dengan cepat

Madu mengandungi antibiotik yang boleh melindungi dan memulihkan luka dengan cepat. Sesuai untuk ibu yang baru lepas bersalin

3.

Meningkatkan Imunisasi Terhadap Kencing Manis & Darah Tinggi

Madu mempunyai imunomodulator yang mampu meningkatkan tahap ketahanan badan untuk melawan penyakit

4.

Mencegah Pengumpulan Lemak Dalam Badan

Madu kelulut mempunyai sifat anti-obesiti dan mempunyai potensi untuk menurunkan peratusan lemak dalam badan.

5.

Menyihatkan Kulit

Madu kelulut memiliki sifat antipenuaan yang baik serta dapat membantu merangsang penghasilan kolagen bagi mengekalkan keremajaan kulit.

6.

Bersifat Antikanser

Sifat antioksidan yang didapati dalam madu ini juga berupaya bertindak sebagai antikanser dengan membantu menghalang pertumbuhan awal sel kanser.

7.

Merangsang Kesuburan

Madu ini juga dikatakan dapat memberikan kesan positif kepada kesuburan lelaki dan wanita.

KENAPA KAMI

Kenapa Perlu Memilih Madu Kelulut D'meli

Madu Segar Dari Ladang

Madu dituai di ladang ternakan sendiri yang dijaga dengan rapi. Persekitaran dipastikan bersih dan dikelilingi pelbagai nektar bunga-bungaan

100 peratus MADU ASLI

Diuji oleh Makmal Kualiti Madu Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tinggi Berkhasiat

Kandungan antioksidan dan manfaat vitamin C dalam setiap titisan madu kelulut sangat baik untuk kesihatan.

Pengiktirafan

Madu kami diiktiraf di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang

HALAL

Dijamin halal oleh JAKIM.

Berpengalaman

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam aktiviti menternak lebah kelulut

Soalan Lazim

Kebanyakan ujian secara tradisional adalah tidak tepat. Madu asli terdapat aroma yang tersendiri. Contohnya madu kelulut menghasilkan aroma wangi bunga-bungaan yang diambil dari sumber persekitaran. Tidak seperti madu tiruan yang kebanyakkannya berbau seperti cairan gula. Bagi pengguna yang telah biasa dengan madu asli, ujian rasa dan bau sudah cukup untuk membezakannya. Di D’Butik Semanis Madu, madu telah diuji tulen oleh Makmal Kualiti Madu Pantai Timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Madu Kelulut D’meli amat sesuai diamalkan seisi keluarga kerana khasiatnya yang tinggi. Ia sesuai diambil oleh setiap orang dari kanak-kanak (berusia 2 tahun ke atas) sehingga warg tua.

Ibu mengandung boleh amalkan madu Kelulut D’meli. Tambahan ia dapat membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Selain itu, madu mampu mengatasi rasa mual yang berlebihan, meningkatkan sistem imuniti tubuh badan dan membekalkan tenaga sepanjang hari.

Boleh amalkan, tiada masalah kerana Glucose dari madu tidak meningkatkan kadar gula dalam darah, malah menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Madu kelulut mengandungi gula trehalulosa, gula dengan indeks glisemik rendah (GI) yang boleh mencegah kencing manis jika dimakan dengan jumlah sepatutnya.

Madu kelulut Malaysia memang akan berbuih dan masam. Sebabnya kelembapan udara (humidity) kita tinggi. Jadi wap air diserap ke madu dan mengaktifkan penapaian oleh yis dalam madu. Penapaian ni membebaskan gas dan asid yang menyebabkan madu kita berbuih dan masam