Dibuka pada 2019 di No. 49 Kg. Telosan, Pasir Putih, Kelantan. Menempatkan lebih 200 sarang lebah kelulut dengan sumber nektar berkualiti. Dengan keluasan setengah ekar, Rumah Kelulut ini dijadikan tempat menternak kelulut demi menghasilkan madu terbaik.
Dari semasa ke semasa, rumah ini diselengara dengan sempurna demi menampung permintaan. Kepelbagaian spesis lebah kelulut di sini termasuk kelulut berdamar menambah variasi madu kelulut yang dihasilkan. D’Butik Semanis Madu cakna dalam penghasilan madu kelulut asli dan semestinya diyakini halal oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).